WAHAI ADAM YANG MEMIMPIN




Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..


Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..


Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia ..
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..

Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
kerana nantinya mereka akan semakin derita


Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan


Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu


Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah…
Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa?


Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran…
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..


Wahai lelaki…wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerana itu api yang membenamkan nur kebahagiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥


Wahai lelaki yang punya peranan besar..
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu….

AKU REDHA YA ALLAH







Tatkala diri ditimpa MUSIBAH
Hati menangis dan meronta-ronta
Ya Allah kenapa aku?
Apa salah aku ?sehingga ditimpa musibah sebegini
Diri seolah –olah menyalahkan takdir
Dan
Tidak mahu menerima takdir
MASYAALLAH
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”
(sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNYA)
SABAR DUHAI HATI
Jangan salahkan TAKDIR
BERSANGKA BAIKLAH KAMU
Pada   Allah duhai  HATI
Kamu harus bersyukur kerana kamu TERPILIH
Memang Allah sengaja menurunkan MUSIBAH dan mahu menguji kamu
KERANA
Allah mahu melihat sejauh mana imanmu menerima takdir
Allah RINDU akan RINTIHAN hambaNya
Dan
INGAT  Allah tidak akan turun musibah pada hambaNya jika hambanNya tidak mampu memikul
Duhai hati
BERSABAR

SENYUMLAH
ketika DIRIMU menerima MUSIBAH
setiap MUSIBAH pasti Ada jalan PENYELESAIANNYA
DAN
Setiap yang berlaku  PASTI  ada hikmahnya
DUHAI HATI
Katakanlah dengan IKHLAS
AKU REDHA YA ALLAH
ALLAH MAHA MENGETAHUI

BILA HATI BERDUKA:INTAN ZAINAL



Salam Aidiladha


Assalammualaikum dan salam 1Malaysia...


Sekejap je masa sekarangkan.Pejam celik,pejam celik,lusa 6 november 2011 bersamaan 10zulhijrah1432  umat islam akan menyambut hari raya Aidiladha (korban).Entry kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang hari raya Aidiladha(korban).Rugi rasanya kalau saya baca seorang-seorang dan ilmu tak disebarkan walaupun sepotong ayatkan.Ilmu –ilmu tentang hari raya Aidiladha(korban) ini dipetik dari sumber sasbadi sdn.bhd(Buku rujukan pendidikan islam Form5 saya hehe).Jom sama –sama kita fahami ringkasan tentang apa itu hari raya korban dan asal-usul korban:
Pengertian korban
*Menyembelih binatang ternakan atau Al-An’am pada hari raya Aidiladha (korban) atau hari-hari Tasyrik(11,12 dan13 zulhijrah)kerana beribadat kepada Allah S.W.T.
Hukum
§  sunat muakkad bagi orang islam yang mampu
§  Wajib bagi seseorang itu bernazar.
Syarat dan Binatang yang sah di korbankan
§  Kambing,unta,kerbau, lembu,biri-biri dan kibas.
§  Pastikan binatang yang ingin dikorbankan mestilah cukup umur,tiada kecacatan yang dapat mengurangkan dagingnya,niat kerana Allah s.w.t,melakukan pada waktu nya,disembelih oleh orang islam atau ahli kitab dan mengikut syarat-syarat sembelihan.
Hikmah melakukan korban
§  Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
§  Memperingati  peristiwa Nabi Ibrahim A.s dan anaknya Nabi ismail A.s yang sanggup bekorban kerana menunaikan perintah Allah S.W.T
§  Mendidik umat islam supaya bekorban harta dan nyawa untuk syiar Islam

Asal-usul korban
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kita pun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111S.W.T.

Agak-agaknya  umat  Islam zaman sekarang kalau berada ditempat Nabi IbrahimA.s sanggup tak bekorban seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t  kepada Nabi IbrahimA.s ??ermm Tepuk dada Tanyalah iman ye.Akhir sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh umat islam didunia  dan TERIMA KASIH kerana sudi singgah ke blog NURILHAMKU..Yang buruk datang dari saya ,Yang baik datangnya dari Allah S.W.T..'Wallahualam'

P/s:Renung-renungkan dan Semoga memberi manfaat kepada kita semua..INSYAALLAH ^_^




Apa pun MASALAHmu ia pasti akan berlalu~~~~
SENYUMLAH
Hidup akan menjadi lebih
bahagia apabila masalah dan kesusahan
dapat dihadapi dengan cara yang betul
-InsyaAllah -

^_^

Tuhan berikan aku cinta-ayushita[lyrics]

Mengapa Harus Dinanti Yang Berlalu Pergi ??



Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala,kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari..Seolah2 itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati..kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang2 boleh merosakkan jiwa kita..membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini..Mana perginya satu azam yang kuat dulu..mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup.
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita..Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki..Namun,sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila2 pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi.apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya..Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar..Tapi,kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata.menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita.membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang.
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata..cinta itu bukan milik kita lagi.cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.sedangkan masa yg berlalu tidak akan menunggu kita..sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata,mambazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA..krn hakikatnya JODOH itu bkn ditangan mnusia..Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dgnnya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yg tersembunyi.


Dipetik daripada:sebelum engkau halal bagiku ^^

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini