AKU REDHA YA ALLAH







Tatkala diri ditimpa MUSIBAH
Hati menangis dan meronta-ronta
Ya Allah kenapa aku?
Apa salah aku ?sehingga ditimpa musibah sebegini
Diri seolah –olah menyalahkan takdir
Dan
Tidak mahu menerima takdir
MASYAALLAH
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”
(sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNYA)
SABAR DUHAI HATI
Jangan salahkan TAKDIR
BERSANGKA BAIKLAH KAMU
Pada   Allah duhai  HATI
Kamu harus bersyukur kerana kamu TERPILIH
Memang Allah sengaja menurunkan MUSIBAH dan mahu menguji kamu
KERANA
Allah mahu melihat sejauh mana imanmu menerima takdir
Allah RINDU akan RINTIHAN hambaNya
Dan
INGAT  Allah tidak akan turun musibah pada hambaNya jika hambanNya tidak mampu memikul
Duhai hati
BERSABAR

SENYUMLAH
ketika DIRIMU menerima MUSIBAH
setiap MUSIBAH pasti Ada jalan PENYELESAIANNYA
DAN
Setiap yang berlaku  PASTI  ada hikmahnya
DUHAI HATI
Katakanlah dengan IKHLAS
AKU REDHA YA ALLAH
ALLAH MAHA MENGETAHUI

BILA HATI BERDUKA:INTAN ZAINAL