AKU REDHA YA ALLAH







Tatkala diri ditimpa MUSIBAH
Hati menangis dan meronta-ronta
Ya Allah kenapa aku?
Apa salah aku ?sehingga ditimpa musibah sebegini
Diri seolah –olah menyalahkan takdir
Dan
Tidak mahu menerima takdir
MASYAALLAH
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un”
(sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepadaNYA)
SABAR DUHAI HATI
Jangan salahkan TAKDIR
BERSANGKA BAIKLAH KAMU
Pada   Allah duhai  HATI
Kamu harus bersyukur kerana kamu TERPILIH
Memang Allah sengaja menurunkan MUSIBAH dan mahu menguji kamu
KERANA
Allah mahu melihat sejauh mana imanmu menerima takdir
Allah RINDU akan RINTIHAN hambaNya
Dan
INGAT  Allah tidak akan turun musibah pada hambaNya jika hambanNya tidak mampu memikul
Duhai hati
BERSABAR

SENYUMLAH
ketika DIRIMU menerima MUSIBAH
setiap MUSIBAH pasti Ada jalan PENYELESAIANNYA
DAN
Setiap yang berlaku  PASTI  ada hikmahnya
DUHAI HATI
Katakanlah dengan IKHLAS
AKU REDHA YA ALLAH
ALLAH MAHA MENGETAHUI

BILA HATI BERDUKA:INTAN ZAINAL



Salam Aidiladha


Assalammualaikum dan salam 1Malaysia...


Sekejap je masa sekarangkan.Pejam celik,pejam celik,lusa 6 november 2011 bersamaan 10zulhijrah1432  umat islam akan menyambut hari raya Aidiladha (korban).Entry kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang hari raya Aidiladha(korban).Rugi rasanya kalau saya baca seorang-seorang dan ilmu tak disebarkan walaupun sepotong ayatkan.Ilmu –ilmu tentang hari raya Aidiladha(korban) ini dipetik dari sumber sasbadi sdn.bhd(Buku rujukan pendidikan islam Form5 saya hehe).Jom sama –sama kita fahami ringkasan tentang apa itu hari raya korban dan asal-usul korban:
Pengertian korban
*Menyembelih binatang ternakan atau Al-An’am pada hari raya Aidiladha (korban) atau hari-hari Tasyrik(11,12 dan13 zulhijrah)kerana beribadat kepada Allah S.W.T.
Hukum
§  sunat muakkad bagi orang islam yang mampu
§  Wajib bagi seseorang itu bernazar.
Syarat dan Binatang yang sah di korbankan
§  Kambing,unta,kerbau, lembu,biri-biri dan kibas.
§  Pastikan binatang yang ingin dikorbankan mestilah cukup umur,tiada kecacatan yang dapat mengurangkan dagingnya,niat kerana Allah s.w.t,melakukan pada waktu nya,disembelih oleh orang islam atau ahli kitab dan mengikut syarat-syarat sembelihan.
Hikmah melakukan korban
§  Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
§  Memperingati  peristiwa Nabi Ibrahim A.s dan anaknya Nabi ismail A.s yang sanggup bekorban kerana menunaikan perintah Allah S.W.T
§  Mendidik umat islam supaya bekorban harta dan nyawa untuk syiar Islam

Asal-usul korban
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kita pun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111S.W.T.

Agak-agaknya  umat  Islam zaman sekarang kalau berada ditempat Nabi IbrahimA.s sanggup tak bekorban seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t  kepada Nabi IbrahimA.s ??ermm Tepuk dada Tanyalah iman ye.Akhir sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh umat islam didunia  dan TERIMA KASIH kerana sudi singgah ke blog NURILHAMKU..Yang buruk datang dari saya ,Yang baik datangnya dari Allah S.W.T..'Wallahualam'

P/s:Renung-renungkan dan Semoga memberi manfaat kepada kita semua..INSYAALLAH ^_^




Apa pun MASALAHmu ia pasti akan berlalu~~~~
SENYUMLAH
Hidup akan menjadi lebih
bahagia apabila masalah dan kesusahan
dapat dihadapi dengan cara yang betul
-InsyaAllah -

^_^

Tuhan berikan aku cinta-ayushita[lyrics]

Mengapa Harus Dinanti Yang Berlalu Pergi ??



Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai,itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala,kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari..Seolah2 itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati..kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang2 boleh merosakkan jiwa kita..membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini..Mana perginya satu azam yang kuat dulu..mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup.
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita..Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki..Namun,sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila2 pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi.apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya..Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar..Tapi,kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata.menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita.membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang.
Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata..cinta itu bukan milik kita lagi.cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.sedangkan masa yg berlalu tidak akan menunggu kita..sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata,mambazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.

Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA..krn hakikatnya JODOH itu bkn ditangan mnusia..Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dgnnya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yg tersembunyi.


Dipetik daripada:sebelum engkau halal bagiku ^^

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

Salam lebaran


 Assalammualaikum ....
Aku lihat Ramadan dari kejauhan....
Lalu ku sapa ia," Hendak kemana? "
Dengan lembut ia berkata,

" Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ".
...
Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........
' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ? '

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin andai diri terover,terkurang,terpoyo terkerek dan semua ‘ter la’ Semoga amalan kita  diterima & diredhai… INSYAALLAH ^^

Ahlan Wahsalan Ya Ramadan 1432 H



Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Firman Allah s.wt menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadan yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”
(QS. Al Baqarah: 183)

Alhamdullillah,Ramadhan kembali lagi "WELCOME BACK RAMADAN 1432 H.Bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang banyak kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

Dibulan yang penuh kerahmatan dan keampunan,AYUH kita sama-sama tingkatkan amalan  dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik.“ Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadan, namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni.” ( Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibnu Hibban).Pada bulan Ramadan ini juga,umat islam digalakkan melakukkan amalan seperti bertadarus,berzikir,bersedekah dan solat terawih.Ini kerana pada bulan ini ganjaran pahala akan berlipat ganda daripada Allah s.w.t.

Disamping itu,elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa.Salah satunya,mengumpat atau menjaga tepi kain orang. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).Umat islam juga digalakkan makan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur.

Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al  A’raaf, ayat 3, “Makan dan minumlah , dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” Manakala Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27, “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.”

Akhir sekali,Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada muslimin -muslimat yang sudi singgah ke blog NURILAMKU.Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu keberkatan dan lebih baik dari tahun sebelumnya.Berpuasalah dengan penuh kesabaran dan Keikhlasan kerana Allah".Yang Baik itu Datang Dari Allah & Yang Buruk Itu Datang Dari Saya"....Wallahu a’lam......

Jadilah Orang Yang Menghambakan Diri Kepada Allah
Dan Bukan Menghambakan Diri Kepada Ramadan..
                                 Kerana Ramadan Akan Berlalu Pergi ,Allah Kekal Selamanya..  




Hasil Nurkilan:Nurilhamku ^_^

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Koleksi Mutiara Kata



1."Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dia akan mendapat pahala atas usahanya dan mendapat seksa atas kesalahannya, (lalu dia berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau bersalah."(Surah Al-Baqarah 2:286)
2.Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewaKHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W.
Begiti juga dengan kita, tak guna ada mata kalau tak dapat melihat
 Tak guna ada hati kalau tak tau menilai...
3.Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan .Teruskan PERJUANGAN kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintanagan dalam hidup.

4.Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR,
Teman yang paling akrab AMAL,
Pengawal peribadi yang paling manis SENYUM,
Ibadah paling indah tentunya KHUSYUK.

5.Jangan berbangga dengan PUJIAN kerana disebalik pujian terdapat satu KEJIAN.
6.JIka kita menyintai seseorang ,kita sentiasa mendoakannya,walaupun dia tiada disisi.
7.Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut. 

8.CINTA SEJATI adalah ketika dia menyintai orang lain,dan kamu masih TERSENYUM sambil berkata "aku turut bahagia untukmu"

9.PERSAHABATAN itu seperti TANGAN  dan MATA.Saat tangan terluka ,mata menangis,saat mata menangis tangan menghapusnya.

10.Maka sifat SABAR itu adalah sikap yang baik,dan hanya Allah sahaja tempat pertolongan.



*Semoga koleksi mutiara kata  ini dapat memberi MANFAAT kepada kita semua ..Amin..^-^

Bila agaknya giliran kita??

Mungkin keadaan nie pernah anda hadapi..
suatu hari..hati sepi..hadapi kehidupan dengan tenang..
tiba2 kta dapat kad jemputan perkahwinan dari seorang teman..
...
reaksi pertama..senyum..rasa bsyukur kerana teman kta tlah temui jodoh..
dalam sesaat hati tersentuh..senyum jd hambar..kta nilai diri kta.. "aku bila lagi???"
sungguh psoalan itu mduga diri kta.

Sabar sahabat,
Tiga pkara sudah di janjikan ALLAH SWT yg ttulis di Lohmahfuz ats ksemua umat manusia..rezeki, jodoh dan ajal..pjanjian nie tdk sdetik pun lewat apabila tb masanya..usahkan ribut, taufan skali pun tdk akn boleh mnganjak janji nie..apa yg boleh kta lakukkn..hanya doa sbg pena utk mcoret kpd kisah pengakhir janji Tuhan.Tiadalah daya kte mpersoalkan apa yg diatur oleh_Nya yg Maha Berkuasa ke atas stp ssuatu..
Sahabat, kte ddatangkn sbg selemah-lemah kejadian dgn sberat-berat tanggungan..

"Dia Maha Mendengar dan Dia lbh tahu apa yg kte prl drpd apa yg kta mahu..Biar sdalam mana pun luka yg tertoreh, bdoalh krn ALLAH SWT Maha Memahami hati hamba_-Nya"

-  Giliran Kta Pasti Akan Tiba Jua - Insya-ALLAH..
Dipetik dari sumber:ANDAI TELAH DITAKDIRKAN DIA JODOHKU,MAKA AKU TERIMA DIA SEADANYA(FB)

welcome to My Blog :)

Assalammualaikum w.b.t & salam sejahtera(owh mcm baca berita la plak),... alhamdulillah saya dah da blog sendiri(suke2)hehe.Sebenarnya dari lagi dulu lagi saya teringin sangat nak buat blog ,akhirnye tercapai jugak impian saya,yeahhh!!!!.hehe.First sekali saya nak ucapkan TERIMA KASIH kepada sesiapa saja yang secara sengaja atau x sengaja yang sudi menziarah blog yang x seberapa cantik nie,al-maklum la baru nak belajar buat blog. huhuu..ok la setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk kali ini.Sudi2 lah ANDA menziarah blog saya ye.Saya akhiri dengan serangkap pantun:

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru nak belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.