Ahlan Wahsalan Ya Ramadan 1432 H



Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Firman Allah s.wt menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadan yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”
(QS. Al Baqarah: 183)

Alhamdullillah,Ramadhan kembali lagi "WELCOME BACK RAMADAN 1432 H.Bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang banyak kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

Dibulan yang penuh kerahmatan dan keampunan,AYUH kita sama-sama tingkatkan amalan  dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik.“ Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadan, namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni.” ( Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibnu Hibban).Pada bulan Ramadan ini juga,umat islam digalakkan melakukkan amalan seperti bertadarus,berzikir,bersedekah dan solat terawih.Ini kerana pada bulan ini ganjaran pahala akan berlipat ganda daripada Allah s.w.t.

Disamping itu,elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa.Salah satunya,mengumpat atau menjaga tepi kain orang. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).Umat islam juga digalakkan makan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur.

Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Al  A’raaf, ayat 3, “Makan dan minumlah , dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” Manakala Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27, “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.”

Akhir sekali,Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada muslimin -muslimat yang sudi singgah ke blog NURILAMKU.Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu keberkatan dan lebih baik dari tahun sebelumnya.Berpuasalah dengan penuh kesabaran dan Keikhlasan kerana Allah".Yang Baik itu Datang Dari Allah & Yang Buruk Itu Datang Dari Saya"....Wallahu a’lam......

Jadilah Orang Yang Menghambakan Diri Kepada Allah
Dan Bukan Menghambakan Diri Kepada Ramadan..
                                 Kerana Ramadan Akan Berlalu Pergi ,Allah Kekal Selamanya..  




Hasil Nurkilan:Nurilhamku ^_^

0 comments:

Post a Comment