Salam Aidiladha


Assalammualaikum dan salam 1Malaysia...


Sekejap je masa sekarangkan.Pejam celik,pejam celik,lusa 6 november 2011 bersamaan 10zulhijrah1432  umat islam akan menyambut hari raya Aidiladha (korban).Entry kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang hari raya Aidiladha(korban).Rugi rasanya kalau saya baca seorang-seorang dan ilmu tak disebarkan walaupun sepotong ayatkan.Ilmu –ilmu tentang hari raya Aidiladha(korban) ini dipetik dari sumber sasbadi sdn.bhd(Buku rujukan pendidikan islam Form5 saya hehe).Jom sama –sama kita fahami ringkasan tentang apa itu hari raya korban dan asal-usul korban:
Pengertian korban
*Menyembelih binatang ternakan atau Al-An’am pada hari raya Aidiladha (korban) atau hari-hari Tasyrik(11,12 dan13 zulhijrah)kerana beribadat kepada Allah S.W.T.
Hukum
§  sunat muakkad bagi orang islam yang mampu
§  Wajib bagi seseorang itu bernazar.
Syarat dan Binatang yang sah di korbankan
§  Kambing,unta,kerbau, lembu,biri-biri dan kibas.
§  Pastikan binatang yang ingin dikorbankan mestilah cukup umur,tiada kecacatan yang dapat mengurangkan dagingnya,niat kerana Allah s.w.t,melakukan pada waktu nya,disembelih oleh orang islam atau ahli kitab dan mengikut syarat-syarat sembelihan.
Hikmah melakukan korban
§  Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
§  Memperingati  peristiwa Nabi Ibrahim A.s dan anaknya Nabi ismail A.s yang sanggup bekorban kerana menunaikan perintah Allah S.W.T
§  Mendidik umat islam supaya bekorban harta dan nyawa untuk syiar Islam

Asal-usul korban
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kita pun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111S.W.T.

Agak-agaknya  umat  Islam zaman sekarang kalau berada ditempat Nabi IbrahimA.s sanggup tak bekorban seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t  kepada Nabi IbrahimA.s ??ermm Tepuk dada Tanyalah iman ye.Akhir sekali saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh umat islam didunia  dan TERIMA KASIH kerana sudi singgah ke blog NURILHAMKU..Yang buruk datang dari saya ,Yang baik datangnya dari Allah S.W.T..'Wallahualam'

P/s:Renung-renungkan dan Semoga memberi manfaat kepada kita semua..INSYAALLAH ^_^

0 comments:

Post a Comment